YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KE-17 DIMASYHURKAN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 26 APRIL – YB Senator Datuk SA. Vigneswaran hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-17.

 

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad di Dewan Negara, di sini hari ini.

S. Vigenswaran, 51, dilantik menggantikan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang yang tamat perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Sri Azalina Othman Said mengusulkan cadangan nama S. Vigneswaran semasa persidangan Dewan Negara hari ini dan cadangan itu disokong oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YB Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan.

Tiada cadangan nama lain dikemukakan dan Ahli Dewan Negara sebulat suara menyokong cadangan berkenaan.

S. Vigneswaran yang merupakan Ketua MIC Bahagian Klang, sebelum ini dilantik sebagai senator pada 23 Jun 2014.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Staffordshire, England dan pemegang Sijil Amalan Guaman, Universiti Malaya.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia itu pernah menjadi Anggota Parlimen Kota Raja, Selangor dari Mac 2004 sehingga Mac 2008 dan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam amanatnya selepas mengangkat sumpah, S. Vigneswaran turut berterima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikannya itu.

Turut hadir majlis angkat sumpah itu Yang Dipertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.



Kemaskini terakhir pada: 11 Mei 2016 | Hits: 10923

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my