ABDULLAH MAT YASIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 7 Dis 2015 -- Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim mengangkat sumpah sebagai Senator buat pertama kali di Dewan Negara hari ini.

Majlis Angkat Sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.


YB Senator Datuk Abdullah Mat Yasim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Datuk Abdullah, 60, berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dilantik sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun.

Beliau juga merupakan mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri itu merupakan anggota lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

YB Senator Datuk Abdullah Mat Yasim menandatangani lafaz ikrar selepas mengangkat sumpah

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang mengingatkan anggota dewan supaya tidak menjadikan Dewan Negara sebagai medan untuk meluahkan emosi termasuk kemarahan masing-masing.

"Saya juga ingin menarik perhatian bahawa bahasa yang digunakan dalam dewan ialah Bahasa Melayu. Ia telah lama diterima pakai dalam perlembagaan kita. Jika anggota dewan ingin bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk perkataan tertentu, haruslah mendapat keizinan daripada Yang di-Pertua terlebih dahulu.

"Jangan sampai soal bahasa dipersoalkan," katanya sambil menambah kualiti berbahas dan berhujah harus mengikut standard yang diguna pakai serta sentiasa saling menghormati anggota dewan yang lain.


Suasana Dewan Negara ketika upacara mengangkat sumpah tersebut dilangsungkan

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas Dewan Negara akan bermula hari ini dan dijangka berakhir pada 22 Disember 2016.

Kemaskini terakhir pada: 18 Disember 2015 | Hits: 12310

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my