TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DIMASYHURKAN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 18 April – YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad  hari ini telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bagi penggal Parlimen ke-13.
 

Pengerusi KUB Malaysia Berhad, YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara setelah yang mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
 
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini.
 
YB Senator Datuk Seri Abdul Halim, 76, yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa pada 2004 hingga 2013 dilantik sebagai senator pada 3 Nov 2014.
 
Anak kelahiran Kuantan, Pahang, itu mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kota Baharu, Kelantan sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan selama 20 tahun di Kementerian Pendidikan sejak 1961.

 

YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad menandatangani lafaz sumpah ikrar selepas majlis angkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
 
Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan dari tahun 1986 hingga 1995 antaranya sebagai Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan dan Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran.
 
YB Senator Datuk Seri Abdul Halim dilantik bagi menggantikan YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Brodie yang merupakan wanita Sarawak pertama dari suku etnik Dayak dilantik Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 26 Feb 2012.

Tempoh perkhidmatan YB Senator Dato’ Sri Doris sebagai senator selama dua penggal tamat pada 12 Mac lepas.

Kemaskini terakhir pada: 21 April 2016 | Hits: 13428

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my