TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCARKAN BUKU ‘DAYAK WOMAN IN THE HOUSE’
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah melancarkan  buku 'Dayak Woman In The House' tulisan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie dalam majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, di sini. 


YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima buku ‘Dayak Woman In The House’ yang dilancarkan pada majlis tersebut

Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.

Buku 'Dayak Woman In The House' mengandungi pelbagai rentetan kisah YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meneliti buku ‘Dayak Woman In The House’ yang dilancarkan sambil diperhatikan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang dan YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie

YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie yang dilantik sebagai Senator pada 12 Mac 2010, merupakan wanita Sarawak pertama dari suku etnik Dayak dilantik Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 26 Feb 2012.

Tempoh perkhidmatan dua penggal beliau sebagai Senator tamat hari ini.

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang menyampaikan potret cenderamata kepada YB Senator Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie

Beliau dilahirkan di Lutong, Miri Sarawak pada 13 Nov 1960 dan memulakan karier sebagai penyambut tetamu di Hospital Miri (1978-1980).

Beliau menceburi bidang korporat selama 17 tahun (1980-1996) bersama Sarawak Shell Berhad dan pernah menjawat beberapa jawatan penting, antaranya Ketua Unit Khidmat Pentadbiran, Jabatan Pengendalian Penggerudian.

Mula menyertai politik pada 1986 dengan menyertai parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum dilantik menjadi Ketua Wanita PRS pada 2006.

Kemaskini terakhir pada: 24 Mac 2016 | Hits: 10616

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my