SPEAKER MAJLIS ASH-HURA KERAJAAN ARAB SAUDI KUNJUNGI YPDR & YPDN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 4 Mei – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk SA. Vigneswaran hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Abdullah Mohammed Ibrahim Al-Sheikh, Speaker Majlis Ash-Hura Kerajaan Arab Saudi serta delegasi.


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia bersalaman dengan TYT Dr. Abdullah Mohammed Ibrahim Al-Sheikh ketika pertemuan di Bilik Kunjungan Hormat 

Pertemuan yang diadakan secara berasingan berlangsung di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Dewan Persidangan, di sini bermula jam 11 pagi.

Antara intipati kedua-dua pertemuan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara Majlis Ash-Hura Kerajaan Arab Saudi dan Parlimen Malaysia selain bertukar pandangan tentang amalan terbaik kedua-dua Parlimen.


TYT Dr. Abdullah Mohammed Ibrahim Al-Sheikh menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia

TYT Dr. Abdullah Mohammed Ibrahim Al-Sheikh dan rombongannya kini dalam lawatan lima hari ke Malaysia bermula Isnin.

Beliau juga merupakan anggota Majlis Ulama Kanan, anggota Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Naib Ketua Eksekutif Pejabat Menteri-Menteri Arab bagi Majlis Keadilan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Majalah Islam Al-Dawah.


YB Senator Datuk SA. Vigneswaran bertukar pandangan dengan TYT Dr. Abdullah Mohammed Ibrahim Al-Sheikh semasa kunjungan hormat berkenaan

Kunjungan hormat tamat kira-kira jam 4.30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2016 | Hits: 8547

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my