![]() PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
YBHG. DATO’ AHMAD HUSAINI ABDUL RAHMAN DI LANTIK SEBAGAI
KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA YANG BAHARU BERKUAT KUASA
19 OGOS 2024
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024: YBhg. Dato’ Ahmad Husaini Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia ke-8, berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan YBhg. Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali yang bertukar ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada tarikh yang sama.
Anak kelahiran Bota, Perak ini, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau memulakan kerjaya di dalam perkhidmatan awam pada 24 April 2000 dan pernah berkhidmat di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Beliau juga sebelum ini, telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 4 Oktober 2023.
Dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau, diyakini akan dapat menggalas tanggungjawab untuk terus membangunkan Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi legislatif yang berkesan, bertanggungjawab serta telus di semua peringkat.
Seluruh warga Parlimen Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato’ Ahmad Husaini Abdul Rahman atas pelantikan ini serta ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Parlimen Malaysia.
19 OGOS 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 19 Ogos 2024 | Hits: 8570
www.parlimen.gov.my