Siaran Media Kunjungan Hormat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia Ke Atas Presiden Vietnam Ke-13 Perkukuh Hubungan Dua Hala Dan Kerjasama Serantau Menjelang AIPA 2025
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

KUNJUNGAN HORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MALAYSIA KE ATAS PRESIDEN VIETNAM KE-13 PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA DAN KERJASAMA SERANTAU MENJELANG AIPA 2025

 

 

HANOI, 24 OKTOBER 2024—YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mencatatkan pencapaian signifikan dalam hubungan dua hala Malaysia- Vietnam dengan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam ke-13 merangkap Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, TYT Tô Lâm, menjadikan kunjungan ini satu detik penting dalam diplomasi dua hala yang menyemarakkan lagi ikatan erat antara kedua-dua negara.

 

Dalam pertemuan tersebut, TYT Tô Lâm menekankan trajektori hubungan Malaysia- Vietnam yang meningkat positif, di samping menyatakan sokong beliau terhadap perbincangan konstruktif yang diadakan pada 23 Oktober bersama rakan sejawat beliau, TYT Trần Thanh Mẫn, the President of the National Assembly of Vietnam.

 

Perbincangan turut menumpukan kepada usaha bersama mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai USD 18 bilion menjelang tahun 2025. TYT Tô Lâm menegaskan sokongan padu terhadap pelabur Malaysia di Vietnam, serta menyeru syarikat-syarikat Vietnam untuk memanfaatkan peluang pelaburan di Malaysia, khususnya dalam bidang teknologi baharu, transformasi digital dan tenaga bersih.

 

Perbincangan turut menyentuh isu keselamatan, pertahanan dan cabaran maritim di Laut Timur, dengan penekanan terhadap kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. TYT Tô Lâm turut merakamkan penghargaan atas sokongan Malaysia terhadap komuniti Vietnam yang tinggal, belajar dan bekerja di Malaysia.

 

Kunjungan ini menandakan satu lagi pencapaian penting menjelang ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam pada tahun 2025 yang akan diperkukuh melalui kemajuan perdagangan dua hala yang memberangsangkan, dengan perbincangan terkini merangkumi kerjasama dalam pembangunan industri halal Vietnam dan pengukuhan diplomasi parlimen antara kedua-dua negara.

 

"Pertemua ini adalah lambang tekad Parlimen Malaysia untuk memperkasakan hubungan dua hala dan memperkukuh kerjasama serantau," ujar YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari. "Sebagai pengerusi AIPA 2025, Malaysia bersedia menjalin hubungan yang lebih erat dengan Vietnam demi kemakmuran dan kesejahteraan ASEAN."

 

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA General Assembly) pada 18 hingga 22 Oktober 2024 di Vientiane, untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN peringkat legislatif daripada Laos.

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 25 Oktober 2024 | Hits: 4517

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my