SENATOR ORANG ASLI MENGANGKAT SUMPAH
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 18 April – Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, YB Senator Isa Ab Hamid hari ini telah mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara untuk penggal pertama bagi tempoh 2016 hingga 2019.
 

YB Senator Isa Ab Samad mengangkat lafaz sumpah ikrar pada majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
 
YB Senator Isa, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
 
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam ucapannya bagi mengalu-alukan pelantikan YB Senator Isa dan berharap anggota Dewan Negara itu terus berusaha meningkatkan ilmu dan keterampilan bagi mewakili suara Orang Asli.

Sebelum ini, YB Senator Isa pernah berkhidmat sebagai guru dan memegang  jawatan Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan di Jabatan Pelajaran Johor.

 

YB Senator Isa Ab Hamid menandatangani lafaz sumpah ikrar selepas majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Sementara itu, YB Senator Isa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata, beliau akan terus berjuang untuk masyarakat Orang Asli dan mengetengahkan masalah yang dihadapi mereka.

"Saya akan membantu kerajaan dalam meningkatkan pembangunan tanah masyarakat Orang Asli untuk menambahkan hasil pendapatan mereka dan akan membantu dalam sektor pendidikan dan sosio ekonomi golongan itu," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana melantik beliau untuk mewakili suara Orang Asli di Dewan Negara.

Kemaskini terakhir pada: 21 April 2016 | Hits: 16226

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my