TYPDR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI GHANA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Mei – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menerima kunjungan hormat 11 anggota delegasi Parlimen Ghana di Bilik Kunjungan Hormat Parlimen hari ini.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sedang berbual mesra dan saling bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai sistem Parlimen di negara masing-masing.

Delegasi itu terdiri daripada tujuh anggota Jawatankuasa Kewangan Parlimen Ghana dan empat anggota daripada Suruhanjaya Tinggi Ghana ke Malaysia. Anggota Parlimen Ghana itu diketuai oleh TYT James Klutse Avedzi.

Pada pertemuan kira-kira 45 minit itu, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai sistem Parlimen di negara masing-masing. 

 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menerima cenderamata daripada delegasi Ghana sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong.

"Sesi perbincangan lebih fokus kepada kelebihan dan kekurangan perjalanan Parlimen di kedua-dua buah negara, ini penting supaya kita boleh memperbaiki sistem Parlimen kita untuk menjadi lebih baik lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Delegasi anggota Parlimen Ghana itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Parlimen Ghana TYT James Klutse Avedzi serta turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia TYT Ben C. Eghan.

 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sedang memerhatikan TYT James Klutse Avedzi menulis sesuatu pada buku rasmi kunjungan hormat.

Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2016 | Hits: 8583

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my