PERASMIAN KAFE PUSPANITA PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Jumaat, 25 April 2014 – Yang di-Pertua PUSPANITA Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah telah menyempurnakan perasmian Kafe PUSPANITA Parlimen Malaysia di Tingkat 17, Bangunan Parlimen pada 24 April 2014. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), YBhg. Datin Normah Ibrahim, Pengerusi PUSPANITA Parlimen Malaysia, YBhg. Datin Wan Azizon Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM),YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan Pengerusi-pengerusi PUSPANITA agensi, jabatan dan kementerian.
 

Rangkuman gambar ketibaan Ahli-ahli PUSPANITA, semasa taklimat ringkas di Dewan Negara serta di Galeri Awam

Perasmian Kafe PUSPANITA Parlimen Malaysia ini adalah bersempena dengan Lawatan ke Parlimen Malaysia anjuran PUSPANITA Kebangsaan dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Seramai 135 orang Pengerusi-pengerusi dan ahli-ahli PUSPANITA agensi, jabatan dan kementerian telah menyertai lawatan ini. Peserta rombongan telah dibawa untuk menyaksikan Persidangan Dewan Negara di Dewan Persidangan, Blok Dewan. Ini memberi peluang kepada semua ahli-ahli PUSPANITA untuk merasai sendiri pengalaman menyaksikan persidangan secara langsung.
 

Rangkuman gambar semasa ketibaan dan ucapan oleh YDP PUSPANITA Kebangsaandi Kafe PUSPANITA Parlimen Malaysia

Selain itu, para peserta rombongan turut di beri taklimat ringkas mengenai Parlimen Malaysia di Dewan Negara. Taklimat ini telah disampaikan oleh YM Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat (SUB PR). Melalui taklimat ini, para peserta rombongan dapat meningkatkan lagi pemahaman mengenai Parlimen Malaysia juga perjalanan Persidangan Dewan. Di akhir taklimat, sesi soal jawab ringkas turut diadakan. Para peserta turut di bawa melawat ke Galeri Parlimen.
 

Rangkuman gambar semasa Perasmian Kafe PUSPANITA Parlimen Malaysia oleh YDP PUSPANITA Kebangsaan

Di samping itu, penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dengan usahasama PUSPANITA Kebangsaan, Biro Kebajikan dan Kementerian Pertanian turut diadakan . Mereka telah menerima sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan ketuhar gelombang mikro. Dua orang kakitangan dari Parlimen Malaysia turut menerima sumbangan ini. Melalui lawatan ini, ia di harap dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli PUSPANITA agensi, jabatan dan kementerian. Majlis ini berakhir kira-kira jam 1 petang.
 
YDP PUSPANITA Kebangsaan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Setiausaha Dewan Rakyat dan pengerusi-pengerusi PUSPANITA agensi, jabatan dan kementerian.

Kemaskini terakhir pada: 28 April 2014 | Hits: 12666

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my