TAKLIMAT PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA DAN MAJLIS MERAIKAN AHLI-AHLI DEWAN NEGARA YANG TAMAT TEMPOH
control 1control 2control 3
Khamis, 18 Disember 2014 – Taklimat Program Transformasi Negara dan Majlis Meraikan Ahli-ahli Dewan Negara telah diadakan pada 17 Disember 2014 di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pada jam 8 malam.
 
 
Yang di-Pertua Dewan Negara beramah-mesra bersama-sama para jemputan yang menghadiri majlis tersebut.
 
Turut hadir ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli-ahli Dewan Negara, YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Parlimen Malaysia dan pihak media.
 
YB Senator Dato‘ Seri Idris Jala ketika menyampaikan Taklimat Program Transformasi Negara
 
Taklimat Program Transformasi Negara telah disampaikan oleh YB Senator Dato‘ Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bermula pada jam 8.30 malam. Penerangan yang terperinci dan menyeluruh mengenai Program Transformasi Negara telah disampaikan kepada Ahli-ahli Dewan Negara. Selain itu, beberapa orang Ahli-ahli Dewan Negara turut terlibat dalam sesi soal jawab yang telah diadakan.
 
YB Senator Dato’ Dr.Firdaus Haji Abdulllah menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.
 
Di samping itu, seramai 4 orang Ahli-ahli Dewan Negara juga telah diraikan dalam majlis tersebut. Berikut ialah senarai Ahli-ahli Dewan Negara yang diraikan :
 
YB Senator Dato’ Dr.Firdaus Haji Abdulllah ( 21 Januari 2009 – 25 Januari 2015)
YB Senator Datuk Hajah Rohani Abdullah ( 26 Januari 2012 - 26 Januari 2015)
YBhg. Tuan Baharudin Abu Bakar ( 6 September 2011 – 5 September 2014)
YBhg. Datuk Haji Saat Haji Abu ( 15 November 2011 – 14 November 2014)
 
Yang di-Pertua Dewan Negara merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat
 
YB Senator Dato’ Dr.Firdaus Haji Abdulllah dan YBhg. Tuan Baharudin Abu Bakar juga telah berkesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut. Seterusnya, majlis telah di akhiri dengan upacara penyampaian cenderamata yang telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar, Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 10.00 malam.

Kemaskini terakhir pada: 30 Disember 2014 | Hits: 10496

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my