Program Pelancaran Senam 1Malaysia, Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
Rabu, 8 Mei 2013 – Rentak lagu bukan saja memberi hiburan, tetapi boleh juga digunakan sebagai alat menyatukan kakitangan Parlimen menerusi senaman. Justeru, Parlimen Malaysia telahpun membuktikannya menerusi program Pelancaran Senam 1Malaysia yang diadakan di Dewan Bankuet.
Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Mohamad Razy Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah(Dasar & Perancangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) . Hadir sama, Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, Yang Berbahagia Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, Yang Berbahagia Tuan Haji Mesran Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah(Kebudayaan & Kesenian), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara , Yang Berbahagia Datuk Zamani Hj.Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara, wakil-wakil JKKN dan warga Parlimen.



Sekadar imbasan, Senam 1Malaysia telah julung kalinya diadakan pada 20 Februari 2013. Aktiviti yang berlangsung setiap hari Rabu ini, telah pun diadakan sebanyak 8 kali dan sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Parlimen yang tidak mengendurkan budaya sihat dalam sanubari.


 

Sesungguhnya, bersenam dengan iringan lagu sememangnya amat menarik kerana selain dapat menghiburkan hati, program sebegini juga membuatkan tubuh kita berpeluh serta boleh menyumbangkan kepada kelangsungan badan yang sihat dan cergas.

Kemaskini terakhir pada: 14 Mei 2013 | Hits: 15054

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 09/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my