PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 2015
control 1control 2control 3
Jumaat, 10 Julai 2015 – Bubur lambuk sememangnya sinonim dengan bulan Ramadan Al-Mubarak. Menyedari hakikat tersebut, Program Memasak Bubur Lambuk 2015 telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Parlimen Malaysia (KKSPM) dengan kerjasama PUSPANITA Parlimen Malaysia pada 9 Julai 2015.
 

Rangkuman gambar-gambar Program Memasak Bubur Lambur 2015

Bertempat di perkarangan Tempat Letak Kereta Zon C, sebanyak 3 buah periuk bubur lambuk telah dimasak oleh warga Parlimen Malaysia seawal jam 9 pagi. Turut hadir ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang Berusaha Tuan Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Seterusnya, pada sebelah petang, pengagihan bubur lambuk kepada warga Parlimen Malaysia telah diadakan di Kafetaria, Blok Sementara dan disempurnakan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Program seperti ini seharusnya diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana ia dapat memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga Parlimen.

Kemaskini terakhir pada: 13 Julai 2015 | Hits: 10021

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my