YANG BERHORMAT TAN SRI DATO’ SERI DIRAJA RAMLI BIN NGAH TALIB
YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT
Tempat Lahir : Pasir Salak, Perak, Malaysia
Tarikh Lahir : 16 Mac 1941.
Isteri : Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin bt. Raja Abdullah.
Anak : Empat orang
Kelulusan : -Barrister-At-Law Lincoln’s Inn, London.
-LL.B (Hons) Queen’s University Belfast United
-Kingdom Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya,
1974.
Kerjaya : -Pensyarah Undang-undang – Institut Teknologi MARA (ITM) (1970).
-Penasihat Undang-undang Lembaga Letrik Negara (1971-1977).
-Pengarah – Kumpulan Akbar Utusan Melayu.
-Menteri Besar Perak untuk 17 tahun dari 1982-1999.
-Ahli Exco, Majlis Exco Perak (1978-1982).
-Timbalan Menteri Pengangkutan (1999-2004).
-Pengerusi, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
-Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia (2004 - ).
-Pengerusi, ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA).
-Presiden, Parliamentary Union of Islamic Countries.
-Timbalan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association 2007.
-Presiden, Commonwealth Parliamentary Association 2008.
|
|
Aktiviti Sosial : -Presiden – Kelab Aero Perak.
-Presiden – St. John’s Ambulance Perak.
-Presiden Kehormat – Persatuan Bolasepak Amatur Perak.
-Timbalan Pengerusi – Northern Ireland Old Student Society.
-Setiausaha (Politik) – United Kingdom and Ireland Malay Society.
-Pengerusi – Persatuan Belia Perak.
-Telah menulis buku-buku dan artikel-artikel –antaranya Pasir Salak Sehamparan Sejarah.
-Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari 1984-2004.
-Ketua Perhubungan UMNO Perak dari 1983-1999
Minat dan : -Badminton, bolasepak, menerbang pesawat, polo, bermain ski,
Rekreasi -mendaki gunung, membaca, menulis, jelajah hutan mengembara.
Darjah : -PSM., SPSA., SPCM., AMP., JP., P.H.
KebesaranDan -Dianugerahkan Darjah PSM oleh Seri Paduka Baginda Yang
Pingat -Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.
-Dilantik sebagai Orang Besar Delapan Negeri Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Agar
DiRaja – 1987 (Dato’ Sagor).
-LL.D(Hon) – University of Sheffield, United Kingdom – 1997.
-Dianugerahkan gelaran Seri Maharaja Lela Mangkubumi oleh Kerajaan Acheh - 1986.
-Dianugerahkan darjah kebesaran oleh Raja Cambodia.
-Dianugerahkan darjah kebesaran oleh Maharaja Jepun.
|
PROFIL Y.B. TAN SRI DATO’ SERI DIRAJA RAMLI BIN NGAH TALIB
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
PARLIMEN MALAYSIA
Pemilihan Y.B. Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Bin Ngah Talib sebagai pengerusi majlis telah mencipta satu sejarah bagi Parlimen Malaysia. Pertamanya, dua orang calon telah dicadangkan bagi jawatan pengerusi majlis di mana sebelum ini hanya satu nama sahaja yang dicadangkan. Pencalonan Y.B. Tan Sri telah dicadangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Y.B. Tan Sri telah menang besar dalam pemilihan jawatan Yang Di-Pertua. Yang keduanya, inilah pertama kali seorang Ahli Parlimen yang sedang berkhidmat telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Tan Sri telah dilahirkan pada 6 Mac 1941 di Pasir Salak, Perak kepada keluarga yang dikenali atas penentangan dan pemberontakan mereka terhadap campur tangan British di Perak pada 1874. Beliau berkahwin dengan Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin binti Raja Abdullah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Seorang yang berkelulusan sebagai seorang peguam, Tan Sri telah mendapat ijazah undang-undang LLB (HONS), dari Queen’s University of Belfast, United Kingdom dan Barrister-At-Law dari Lincoln’s Inn, London. Beliau telah dipanggil ke Malayan Bar pada 1974 dan menjadi Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Sheffield University, United Kingdom telah menganugerahkan Doktoret Undang-undang Kehormat di atas jasanya mempromosi dan menubuhkan Kolej Perubatan Perakdengan kerjasama universiti tersebut.
Mula-mula berkecimpung dalam kancah politik pada tahun 1974 dan pada 1978 telah dipilih sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Perak, negeri kelahirannya, dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Pada 1982 telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak dan terus memegang jawatan itu untuk selama lebih 17 tahun. Beliau telah bertanding kerusi Parlimen Pasir Salak dalam pilihanraya 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan berikutan kemenangannya dalam pilihanraya itu dan memegang jawatan itu sehingga 2004. Kemenangan dalam pilihanraya 2004 melihat beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Pada November 22, 2004, beliau telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Di bidang politik, pada 1984 beliau telah dipilih untuk menganggotai Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dengan memperolehi undi kedua terbanyak. Beliau terus memegang kedudukan itu dalam Majlis Tertinggi untuk selama 20 tahun sehingga beliau memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu. Beliau juga mengetuai UMNO Negeri Perak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak sehingga 1999.
Beliau bertanding di bawah panji Barisan Nasional dalam pilihanraya umum. Barisan Nasional adalah gabungan 14 buah parti politik. Beliau telah menjadi ahli UMNO semenjak 1974 lagi. UMNO adalah parti yang dominan dalam dan menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional.
Tan Sri adalah seorang yang aktif dalam kerja-kerja sosial dan amal dan pernah menjadi pengerusi kepada beberapa organisasi. Seorang yang sangat berminat dalam sukan beliau akan menyertai sukan polo, menunggang kuda, berjoging, menerbang pesawat, mendaki gunung, trekking belantara dan badminton bila masa mengizinkan. Membaca adalah kegemaran utamanya.
Di bidang penulisan beliau telah menulis beberapa buah buku dan artikel dan kertas kerja mengenai berbagai subjek. Di atas dedikasi dan jasa yang cemerlang kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menganugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota dengan membawa gelaran Tan Sri kepada beliau. Bagi khidmat dan sumbangan cemerlang yang membawa kepada pembangunan Negeri Perak dan sebagai Menteri Besar selama 17 tahun lebih, beliau dianugerahkan darjah kebesaran tertinggi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang membawa gelaran Dato’ Seri DiRaja. Menjadi pewaris kepada salah satu daripada Delapan Orang Besar Negeri Perak iaitu Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja, Sultan Perak telah melantik beliau sebagai salah seorang Orang Besar Delapan Negeri Perak dengan gelaran Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja (Dato’ Sagor), jawatan yang telah disandang turun temurun oleh keluarga beliau.
Beliau telah dianugerah darjah kebesaran tertinggi oleh Kerajaan Acheh pada 1986 dengan gelaran Sri Maharaja Lela Mangkubumi. Beliau juga telah dianugerahkan darjah kebesaran negara oleh Kerajaan Cambodia dan Maharaja Jepun.
Beliau telah mengetuai pertubuhan ASEAN Inter Parliamentary Assembly dan Parliamentary Union of Islamic Countries dan sebagai Timbalan Presiden Commonwealth Parliamentary Association. Di Persidangan ke 53 Commonwealth Parliamentary Association pada Ogos 2007 di New Delhi, India beliau telah dipilih sebagai Presiden badan tersebut.
|