background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Sabtu, 25 Mac 2017 12:14 PM  spacer
logo
Perutusan


Selamat Datang Ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia
 
 
 
YBHG. DATUK AWANG ALIK BIN JEMAN
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
   

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya jua, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.

Dewasa ini, ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan kian berubah. Masyarakat bukan sahaja mahukan perkhidmatan yang berkualiti, bahkan juga pantas dan mudah diperolehi.  Sejajar dengan hasrat tersebut, Parlimen Malaysia telah mengambil langkah membangunkan portal ini bagi memberi kemudahan kepada pengguna dari  dalam atau luar negara untuk mendapat maklumat, khususnya berkaitan Parlimen Malaysia.  

Melalui portal ini juga, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat tentang dokumen-dokumen rasmi Parlimen seperti Penyata Rasmi (Hansard) kedua-dua Dewan, Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Takwim Persidangan, Akta dan Rang Undang-undang, perjalanan Persidangan Parlimen, maklumat tentang Ahli-ahli Parlimen Malaysia (Members of Parliament) dan sebagainya.

Sesungguhnya, teknologi maklumat telah menyebabkan dunia berubah dengan amat pantas dan drastik. Oleh hal yang demikian, adalah amat perlu agar kita bergerak dan berubah seiring dengan perubahan dan kehendak semasa. Untuk itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Parlimen Malaysia sedia ada, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung sekalian. Mudah-mudahan maklum balas berkenaan dapat membantu Parlimen Malaysia melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari masa ke semasa.

Sesungguhnya menjadi harapan agar  Portal ini menjadi wadah dan wasilah kepada semua pihak yang melayarinya mengikut keperluan masing-masing.

Akhir kalam, selamat melayari Portal Rasmi Parlimen Malaysia.


Kemaskini Terakhir pada: 20 Disember 2016  Spacer | Spacer Hits: 49333
 Spacer
Bancian
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:15
Hari Ini:2601
Minggu Ini:36294
Bulan Ini:139077
Tahun Ini:370910
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13355667
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 24/03/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.282 saat
Versi Paparan Penuh