Selamat datang ke laman web rasmi Parlimen Malaysia.
Laman
web Parlimen Malaysia dibangunkan dengan hasrat memberi
kemudahan kepada ahli Parlimen, Kementerian-kementerian,
Jabatan-jabatan, pertubuhan-pertubuhan dan orang ramai untuk
mencapai segala bentuk dokumen seperti Penyata Rasmi (Hansard)
Dewan, Aturan Urusan Mesyuarat, Takwim, Akta, Rang Undang-undang
dan lain-lain lagi.
Sejak
dilancarkan pada 21 Mei 1996 oleh Yang Amat Berbahagia Tun
Dr. Mohamed Zahir Ismail, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, laman
ini sentiasa dikemaskinikan berdasarkan maklumbalas yang diterima
dari pengunjung-pengunjung laman web Parlimen Malaysia. Harapan
saya semoga maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman
web ini memberikan manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Kami bersedia untuk menerima pandangan membina bagi meningkatkan
perkhidmatan kami melalui laman ini.
Selamat
melayari laman web Parlimen Malaysia.
Ketua Pentadbir
|