background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Khamis, 29 Jun 2017 10:40 AM  spacer
logo
PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELURUH MALAYSIA 2017
SHAH ALAM, 13 Mei – Penganjuran Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Negara 2017 disifatkan sebagai ‘Sirih Pulang ke Gagang’ kata, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

 

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor berkenan berucap merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2017.
 
Beliau berkata, pemilihan Selangor sebagai tuan rumah mengimbau kembali kepada penganjuran Persidangan Speaker-Speaker Persekutuan Tanah Melayu kali pertama yang diadakan di Bangunan Dewan Negeri Selangor, 16 Mac 1962.
 
“Pemilihan Dewan Undangan Negeri Selangor kembali selaku tuan rumah bagi persidangan kali ini adalah sangat signifikan selepas 55 tahun ia pernah berlangsung di Selangor dulu.
 
“‘Justeru, saya bersyukur kerana persidangan ini diteruskan lagi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
 
“Keberkesanannya, ia mampu menjadikan tugas Speaker dapat diperkasakan dalam memartabatkan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan negara kekal terpelihara,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian di Hotel Concorde, di sini, pagi ini.
 
Dalam perkembangan itu, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian dengan disaksikan YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor; YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor.
 
Dewan Negeri Selangor menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun ini yang disertai delegasi Speaker dan Timbalan Speaker, masing-masing mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
 
Persidangan dilaksanakan sebagai wahana perkongsian ilmu selain menjadi platform untuk melaksanakan proses semak dan imbang dalam pengurusan pentadbiran.
 
Ia juga dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi menerajui pengukuhan demokrasi negara.
 
Tumpuan persidangan tahun ini turut mefokuskan kepada pembentangan kertas kerja, ‘Transformasi Parlimen Ke Arah Memartabatkan Wadah Demokrasi’ oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.


Galeri bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=895&time=1
Kemaskini Terakhir pada: 18 Mei 2017  Spacer | Spacer Hits: 3038
 Spacer
Bancian
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:10
Hari Ini:711
Minggu Ini:6283
Bulan Ini:76998
Tahun Ini:804384
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13789141
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 21/06/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.311 saat
Versi Paparan Penuh