PERSIDANGAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBM) 2/2016
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 9 Ogos – Sidang kedua Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2016 dengan penyertaan seramai 115 Ahli Parlimen Belia Malaysia hari ini bersidang selama dua hari di Dewan Persidangan, di sini.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee semasa mempengerusikan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 2/2016.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dengan empat usul dibahaskan termasuk untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan cadangan supaya kerajaan mengambil ketetapan mempertahankan kedaulatan negara di Laut China Selatan.
 

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berucap pada Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 2/2016. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Azalina Othman Said.
 
Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hadir pada petang Selasa dan meluangkan masa lebih satu jam mengikuti sesi perbahasan dan penggulungan Parlimen Belia. Beliau turut memuji gaya dan persembahan anggota perwakilan Parlimen Belia menyampaikan ucapan.

 
 
Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia selepas menyampaikan ucapan pada Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 2/2016.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Azalina Othman Said.

Kemaskini terakhir pada: 10 Ogos 2016 | Hits: 10404

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my