PERSIDANGAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBM) SIDANG III TAHUN 2015 – 2016
control 1control 2control 3
Selasa, 22 September 2015 – Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM), Sidang III Tahun 2015 -2016 telah berjaya dilaksanakan pada 21 September dan akan bersambung pada hari ini, 22 September  2015 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Sidang yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee,Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan dibantu oleh YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong. Selain itu, YBhg. Datuk Roosme Hamzah,Setiausaha Dewan Rakyat telah bertindak sebagai Setiausaha Persidangan PBM Sidang III.
 

Wajah-wajah ceria APBM bersama-sama YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong dan YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat

Seramai 125 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) telah menghadiri persidangan tersebut dan sesi pra-persidangan telah berlangsung pada 19 – 20 September 2015 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Pra-persidangan tersebut telah menyediakan ruang kepada semua APBM untuk berbincang, memperhalus dan membuat persiapan rapi  untuk membahaskan usul-usul di Persidangan PBM Sidang III.

Sebanyak 4 usul telah dibawa untuk dibahaskan iaitu :

1. Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya:
Cadangan mewujudkan  program “English in Rural Areas” .

2. Jawatankuasa Sosioekonomi:
Cadangan pelaksanaan sekolah satu aliran untuk menyatupadukan anggota masyarakat.

3. Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang dan Integriti:
Cadangan menambah baik sistem pengurusan kewangan dan dana politik.

4. Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan:
Cadangan untuk mengawal selia pengedaran, penjualan dan penghasilan rokok elektronik (vape) di Malaysia.

Ke semua usul yang telah dibahaskan dan diputuskan semasa Persidangan PBM 2016 ini akan diangkat kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan yakin usul-usul yang dibawa dan dibahaskan oleh APBM pada sidang ini mampu menyerlahkan potensi mereka sebagai pemimpin pelapis negara serta memberi impak positif kepada pembangunan belia negara secara keseluruhannya.
 

Kemaskini terakhir pada: 5 Oktober 2015 | Hits: 11385

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my