MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER 2014
control 1control 2control 3
Jumaat, 19 Disember 2014 – “ Perkhidmatan Cemerlang, Kehidupan Gemilang”. Itulah tema yang telah dibawakan dalam Majlis Jasamu Dikenang dan Perhimpunan Bulan Disember 2014 anjuran Bahagian Senggara Fasiliti & Landskap dan Bahagian Penyelidikan yang diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pada jam 9.30 pagi. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
 
 
Rangkuman gambar Majlis Jasamu Dikenang dan Perhimpunan Bulan Disember 2014 

Seramai 5 orang pegawai telah diraikan dalam majlis ini iaitu :
En.Saleh Abas ( Penolong Pegawai Tadbir Gred N32)
En. Jaafar Mat Zin ( Setiausaha Sulit YPDR Gred 36)
Sarjan Mejar Abdul Rahim Nawawi (Pegawai Peribadi YPDR Gred YA8)
Lt. Kol (B) Ahmad Shausi Che Mat (Bentara Mesyuarat Gred N32)
Mejar (B) Mohd Azimi Arifin ( Bentara Mesyuarat Gred N27)
 
Agenda majlis dimulakan dengan pembentangan laporan-laporan pentadbiran dan berita-berita terkini Parlimen Malaysia. Selain itu, bersempena dengan majlis ini juga, taklimat dan penerangan mengenai Skim Simpanan dan Kesihatan Berkelompok anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah disampaikan oleh Puan Saadiah Mohd Noor manakala taklimat Kad Perubatan MAKSAK Medi-Care dan Tabung Persaraan MZ Khas untuk kakitangan kerajaan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) telah disampaikan oleh Encik Affendi Tahrim. Taklimat ini sangat berguna kerana ia memberi pendedahan kepada kakitangan Parlimen mengenai faedah-faedah dan manfaat apabila mereka menyertai skim-skim ini disamping dapat dijadikan sebagai satu persediaan terutamanya apabila penjawat-penjawat awam ini bersara kelak.
 
Di samping itu, semua pegawai yang diraikan juga telah berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.Selain itu, dalam ucapan dan amanat YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh para pegawai yang bakal bersara ini. Majlis tersebut telah diakhiri dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada para pesara dan juga kepada pegawai dan kakitangan baru di Parlimen Malaysia. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Kemaskini terakhir pada: 7 Januari 2015 | Hits: 10158

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my