MAJLIS PERSARAAN DAN PERHIMPUNAN BULANAN SESI JULAI / OGOS 2015
control 1control 2control 3
Jumaat, 21 Ogos 2015 – Seramai 3 orang kakitangan Parlimen Malaysia telah diraikan dalam Majlis Persaraan dan Perhimpunan Bulanan Sesi Julai/Ogos yang diadakan di Bilik Taklimat, Bangunan Sementara. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi itu turut dihadiri oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YBrs. Tuan Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan.
 

Rangkuman gambar sekitar Majlis Persaraan dan Perhimpunan Bulanan Sesi Julai/Ogos 2015
 
Perhimpunan pada kali ini adalah anjuran bersama Bahagian Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan. Agenda majlis dimulakan dengan paparan laporan aktiviti-aktiviti sepanjang bulai Julai dan Ogos juga laporan-laporan pentadbiran Parlimen Malaysia.

Di samping itu, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara turut menyampaikan ucapan dan amanatnya. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan warga Parlimen Malaysia untuk sentiasa menjaga integriti sebagai seorang penjawat awam demi untuk menghasilkan kecekapan juga meningkatkan produktiviti masing-masing. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa sikap menghormati para pemimpin dan ketua  juga sangat penting terutamanya ketika melaksanakan tugasan yang diberikan.

Majlis tersebut telah diakhiri dengan upacara penyampaian kit kepada pegawai dan kakitangan baru Parlimen Malaysia juga upacara penyampaian cenderamata kepada para pesara yang telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis  berakhir kira-kira jam 11 pagi.

Kemaskini terakhir pada: 21 Ogos 2015 | Hits: 10128

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my