MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN (JUN 2015)
control 1control 2control 3
Jumaat, 19 Jun 2015 –Majlis Perhimpunan Bulanan (Jun 2015) telah diadakan Bilik Taklimat, Blok Sementara bermula pada jam 9.00 pagi. Turut hadir ialah Yang Berusaha Tuan Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
 

Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara turut hadir dalam majlis perhimpunan tersebut.

Majlis perhimpunan pada kali ini adalah anjuran bersama Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Protokol juga Pejabat Penasihat Undang-undang.

Agenda majlis dimulakan dengan paparan berita-berita terkini Parlimen Malaysia seperti acara – acara yang berlangsung sepanjang bulan Mei dan Jun, pembentangan laporan-laporan pentadbiran Parlimen Malaysia, laporan perbelanjaan utiliti bagi bulan Mei 2015 juga laporan hari berkursus untuk pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia.
 

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia ketika menyampaikan ucapan dan amanatnya.

Yang Berusaha Tuan Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia turut menyampaikan ucapan dan amanat semasa majlis perhimpunan tersebut. Beliau mengingatkan setiap warga Parlimen yang hadir untuk sentiasa mencipta imej yang bersih sebagai warga Parlimen kerana ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada Parlimen Malaysia yang sememangnya diketahui umum sebagai sebuah institusi legislatif yang terulung.

Selain itu, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia turut berkongsi beberapa perkara penting yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin. Di antara perkara penting tersebut ialah para penjawat awam mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran dan teknologi terkini yang akan membantu melicinkan urusan seharian serta berusaha untuk mencari method yang lebih efektif untuk menjalankan tugas masing-masing.
 

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia menyampaikan kit kepada salah seorang pegawai lantikan baru Parlimen Malaysia

Majlis perhimpunan tersebut telah diakhiri dengan Upacara Penyampaian Kit kepada pegawai lantikan baru Parlimen Malaysia dan majlis tamat kira-kira jam 9.45 pagi.
 

Kemaskini terakhir pada: 22 Jun 2015 | Hits: 10266

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my