PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BULAN OGOS 2014
control 1control 2control 3
Jumaat, 15 Ogos 2014 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Bulan Ogos 2014 telah diadakan pada 14 Ogos 2014 di Bilik Taklimat, Parlimen Malaysia bermula pada jam 9.30 pagi. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
 

Rangkuman gambar Perhimpunan Bulanan Jabatan Bulan Ogos 2014

Agenda majlis dimulakan dengan paparan berita-berita terkini seperti lawatan-lawatan ke Parlimen Malaysia juga laporan utiliti. Selain itu, Majlis Penyampaian Kit kepada 32 orang pegawai dan kakitangan yang baru memulakan perkhidmatan di Parlimen Malaysia turut diadakan dan disempurnakan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
 
Di samping itu, Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bola Sepak Parlimen Malaysia turut diadakan. Sebagai simbolik, YM Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed, Pengurus Pasukan Bola Sepak Parlimen Malaysia telah menyerahkan jersi tersebut kepada YBhg. Datuk Lamien Sawiyo. Selain itu, atas inisiatif pasukan ini, mereka turut menghasilkan replika jersi bolasepak untuk dihadiahkan kepada pihak pengurusan tertinggi Parlimen Malaysia sebagai tanda terima kasih atas sokongan kepada pasukan bolasepak ini.
 
Perhimpunan ini telah diakhiri dengan ucapan dan amanat dari YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Dalam ucapannya, beliau turut memberi galakkan kepada Pasukan Bola Sepak Parlimen Malaysia agar sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang pada masa-masa akan datang. Selain itu, YBhg. Datuk Lamien Sawiyo turut mengingatkan warga Parlimen agar sentiasa bersyukur kerana diberi peluang tinggal di sebuah negara yang aman seperti Malaysia dibandingkan dengan negara-negara bergolak khususnya seperti Gaza. Majlis ini tamat kira-kira jam 10.30 pagi.
 


Kemaskini terakhir pada: 18 Ogos 2014 | Hits: 9369

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my