SEKSYEN AHLI PARLIMEN, PERUNDANGAN & PROSIDING DEWAN NEGARA DIRASMIKAN
control 1control 2control 3
Parlimen Malaysia, 19 September 2014 (Jumaat) - Satu Majlis Perasmian Seksyen Ahli Parlimen dan Seksyen Perundangan dan Prosiding Dewan Negara telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di Foyer Tingkat 1, Blok Menara, Parlimen Malaysia.
 

Rangkuman gambar Majlis Perasmian Seksyen Ahli Parlimen, Seksyen Perundangan dan Prosiding Dewan Negara oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
 
Majlis yang bermula sekitar jam 2:45 petang ini turut dihadiri oleh YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pantadbir, Ketua Jurutera, Setiausaha-setiausaha Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta warga Parlimen.

Pulut kuning telah dipotong sebagai tanda perasmian telah dilakukan. YBhg. Datuk Lamien Sawiyo dan tetamu jemputan turut meluangkan masa untuk melawat ruang pejabat baru yang menempatkan pegawai-pegawai Seksyen Ahli Parlimen serta Seksyen Perundangan dan Prosiding Dewan Negara.

Secara amnya, pewujudan pejabat baru dua seksyen ini akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada Ahli-ahli Parlimen di samping mengguna pakai amalan terbaik dalam pengurusan sumber dan pentadbiran Parlimen sebagai sebuah institusi legislatif yang terulung.

Kemaskini terakhir pada: 29 September 2014 | Hits: 10467

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my