Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman
sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan
dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju
dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar
negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat
di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan
negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai
sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh
Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu
di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah
diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala
Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah
menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing
dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar
atau Ketua-ketua Menteri.
Struktur
Parlimen Malaysia
Parlimen
Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
| 1. |
Yang Di-Pertuan Agong |
| 2. |
Dewan
Negara |
| 3. |
Dewan
Rakyat |
Sejarah
Bangunan Parlimen
Pada
bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga
Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks
bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar
demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak
dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri,
kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan
menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang
dan hal memiliki harta benda.
Maka
pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari
aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang
ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil
ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Perletakan
batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu
Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed
Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos
1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja
pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali
lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan
ini.
Kompleks
ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-
| a. |
Bangunan Ibu (3 tingkat) |
| b. |
Menara
(17 Tingkat) |
Bangunan
Ibu
Bangunan
3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama.
Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina.
Di
tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan
juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu
yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.
Reka
bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi
ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai
keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan
corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.
Di
tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja,
sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah
dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.
Saiz dewan Rakyat di atasnya.
Di
tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan.
Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar.
Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada
dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan
12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat
bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen
Komanwel.
Di
anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk
Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta
pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua
bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi
1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat
kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan
Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat
semasa persidangan.
Menara
Menara
setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan
ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan
dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli
-ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti
kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan
berlangsung.
Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang
menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara
sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula
terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan
sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis
tidak rasmi diadakan.
Keistimewaan
Bangunan Parlimen
Keseluruhan
bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap
haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran
matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan
terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit
tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang
berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan
ini.
Pada
keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan
besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000
tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.
Sistem
pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya
merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di
mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.
Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh
kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan
lumut dan lumpur.
Selain
daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen
turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang
peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon
berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat
dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk
dipelihara di kawasan sekitar.
Di
sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang
yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan
berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis
rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa
ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman
yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen.
|