Parlimen
Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau
membubarkan Parlimen.
Dengan
demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan
untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan
antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi
Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan
sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal,
tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.
Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh
mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen
Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di
Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen
akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat
pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada
penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya
dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,
Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat
hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada
suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh
pembubarannya.
Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong
|