PARLIMEN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER REPUBLIK CZECH
control 1control 2control 3

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia hari ini menerima kunjungan hormat Speaker Dewan Rakyat Parlimen Republik Czech, Jan Hamacek di bangunan Parlimen di sini.



Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia menerima kunjungan hormat Speaker Republik Czech Jan Hamacek di Bilik Kunjungan Hormat Parlimen hari ini.
 

Pertemuan Pandikar dan Hamacek yang berlangsung selama 30 minit bertujuan mempertingkat hubungan baik Malaysia dan republik berkenaan.

Hamacek turut melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang sejurus meluangkan masa meninjau sesi mesyuarat di Dewan Rakyat.

 


Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) menerima kunjungan hormat Speaker Republik Czech Jan Hamacek di Bilik Kunjungan Hormat di Parlimen hari ini.


Bercakap kepada pemberita, Hamacek berkata kunjungan itu diharap dapat mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara terutamanya dalam sektor ekonomi memandangkan Malaysia adalah rakan dagangan kedua terbesar Republik Czech.
 


Speaker Republik Czech Jan Hamacek ketika sidang media.
 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan mempengerusikan ASEAN.


Kemaskini terakhir pada: 13 April 2016 | Hits: 9524

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my