PARLIMEN ANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YPDN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 20 Jun – Parlimen Malaysia hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN) YB Senator Datuk SA. Vigneswaran di Kafeteria Bangunan Sementara, di sini bermula jam 7.00 petang.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Berbuka Puasa Parlimen Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Halimah Mohd Sadique, Timbalan Menteri Pendidikan YB Senator Tuan Chong Sin Woon, Ahli-ahli Dewan Negara dan Kakitangan Parlimen.
 

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Halimah Mohd Sadique dan Timbalan Menteri Pendidikan YB Senator Tuan Chong Sin Woon hadir sama ke majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sementara menunggu waktu azan Maghrib. Selesai berbuka puasa ringan, hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya kembali menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan. Agenda majlis diteruskan dengan solat Isyak, solat sunat Terawih dan berakhir dengan jamuan kenduri moreh.
 

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia YBhg. Datuk Awang Alik Jeman dan kakitangan Parlimen menikmati sajian istimewa buah durian Musang King.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu berakhir jam 10 malam.

Kemaskini terakhir pada: 1 Julai 2016 | Hits: 8805

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my