PARLIMEN ANJUR MESYUARAT BERSEMUKA PEMIMPIN ASEAN DENGAN WAKIL AIPA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 27 April 2015 -- Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mencadangkan agar mesyuarat bersemuka antara AIPA dan pemimpin-pemimpin ASEAN dijadikan pertemuan rasmi untuk mengukuhkan kerjasama, penyelarasan dan kolaborasi antara perundangan dan eksekutif di rantau ini.
 

YB Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA ke-36 kelihatan serius mempengerusikan mesyuarat.
Turut bersama beliau ialah YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat & Mr. P.O Ram, Setiausaha Agung AIPA.

 
Presiden AIPA ke-36, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berkata pertemuan tahunan Pemimpin ASEAN-AIPA penting dalam proses pembentukan Komuniti ASEAN.

"Menjadikan mesyuarat ASEAN-AIPA sebagai mesyuarat rasmi biasa akan membantu menambah baik penyertaan AIPA dalam hal ehwal ASEAN yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Bersemuka Pemimpin ASEAN dengan wakil AIPA yang pertama kali diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini hari ini.

Pertemuan itu diadakan sebagai sebahagian daripada 'ASEAN berpaksikan rakyat' untuk melibatkan pelbagai segmen masyarakat, kumpulan belia masyarakat sivil, kumpulan perniagaan dan anggota parlimen.

Pandikar Amin, yang juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia berkata, ASEAN dan AIPA juga boleh membincangkan dasar-dasar dan tindakan yang merumuskan perjanjian atau resolusi untuk kesepaduan yang lebih baik dengan memberi tumpuan semasa mesyuarat pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Perhimpunan Agung AIPA.

Ini, katanya akan membolehkan ASEAN dan AIPA mengelak pertindihan dan percanggahan dalam proses membuat keputusan mereka.

Semasa pertemuan tertutup selama 20 minit, Pandikar Amin berkata AIPA juga menggesa negara anggota ASEAN supaya memberi komitmen untuk memerangi pemerdagangan manusia, dadah, jenayah siber dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata dalam menjadikan ASEAN sebagai komuniti berpaksikan rakyat dan inklusif, AIPA menyokong usaha ASEAN dalam menggalakkan kesaksamaan gender serta melindungi hak asasi manusia khususnya hak wanita; kanak-kanak dan orang tua.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada 10 negara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kemaskini terakhir pada: 6 Mei 2015 | Hits: 10506

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my