MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT (TPPA)
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 26 Jan - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.

Anggota Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPPA dalam sesi khas dua hari bermula Selasa.
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed membentangkan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Dewan Rakyat
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu.

Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, kerajaan dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan.

 

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini
 
Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Jan.

Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015.

Kemaskini terakhir pada: 19 Februari 2016 | Hits: 10752

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my