MESYUARAT AGUNG KKSPM KE-9 SESI 2016/2018
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 25 Mac – Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KKSPM) Kesembilan Sesi 2016/2018 telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua KKSPM yang baru, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman bermula jam 9 pagi.


YBhg. Datuk Zamani Sulaiman (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung KKSPM Kesembilan. Turut kelihatan, Yang Berusaha Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.

Mesyuarat agung yang dihadiri seramai kira-kira 130 orang ahli KKSPM itu telah diadakan di Bilik Taklimat, Blok Sementara Parlimen Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Awang Alik Jeman (Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia), YBhg. Datuk Roosme Hamzah (Setiausaha Dewan Rakyat) dan Yang Berusaha, Encik Riduan Rahmat (Setiausaha Dewan Negara).
 

Penasihat KKSPM, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ahli-ahli KKSPM yang hadir.

Dalam ucapan alu-aluan YBhg. Datuk Awang Alik Jeman sebagai Penasihat KKSPM, beliau mengharapkan agar aktiviti KKSPM diperbanyakkan lagi dan menjadi medium bagi menyatupadukan warga Parlimen. Beliau juga mencadangkan agar KKSPM diberi nama baru yang lebih menarik seiring dengan perkembangan zaman.

Antara agenda mesyuarat agung tersebut adalah pembentangan laporan penyata kewangan dan laporan AJK Biro KKSPM, pembubaran Ahli Jawatankuasa KKSPM sesi 2014/2016 dan pelantikan Ahli Jawatankuasa KKSPM sesi 2016/2018 yang baru.

 

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa KKSPM sesi 2016/2018 yang baru dilantik. 

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KKSPM) bagi sesi 2016/2018.
Penasihat:  YBhg. Datuk Awang Alik Jeman
Yang Dipertua:  YBhg. Datuk Zamani Sulaiman
Timbalan Yang Dipertua:  YBhg. Datuk Roosme Hamzah
Timbalan Yang Dipertua:  Yang Berusaha Encik Riduan Rahmat
Setiausaha:  Encik Rosli Mat Jinun
Bendahari:  Cik Hasmahani Hassan
Biro Agama:  Encik Sufian Sahad
Biro Sukan:  Encik Azarul Zaman Eliah
Biro Rekreasi:  Encik Abd Jawat Mansor
Biro Ekonomi:   Puan Adlina Aisyah Ahmad Rusli
Biro ICT:  Encik Muhammad Shebly Mohd Hatta
Biro Kebajikan:  Puan Zulfa Amirah Mohd Zufri
Biro Kesenian Dan Kebudayaan:  Puan Nur Hayyu Rahmat
Biro Lawatan:  Puan Aisyah Razki

Kemaskini terakhir pada: 13 April 2016 | Hits: 10796

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my