MESYUARAT- MESYUARAT JABATAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Isnin , 8 September 2014 – Mesyuarat-mesyuarat Jabatan, Parlimen Malaysia telah diadakan di The Legend Resort, Cherating, Kuantan bermula dari 3 hingga 5 September 2014. YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Latihan, Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU), Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik Jabatan dan Bengkel Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Turut hadir ialah YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.
 

Rangkuman gambar sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
 
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan pada 3 September 2014 bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.Turut hadir ialah wakil dari Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) iaitu YBhg. Encik Mohd Razali Singah, Timbalan Setiausaha Kewangan II, pihak pengurusan Parlimen Malaysia serta wakil-wakil pekerja. Pelbagai usul dan perkara-perkara berbangkit terutamanya yang menyentuh kebajikan para pekerja telah dibincangkan. Melalui MBJ ini, para pekerja mempunyai satu saluran yang tepat untuk menyuarakan sebarang cadangan atau permasalahan yang dihadapi.
 

Rangkuman gambar sekitar Mesyuarat-mesyuarat Jabatan yang dipengerusikan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
 
Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Latihan, Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU), Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik Jabatan dan Bengkel Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan (SKT) telah diadakan pada 4 September 2014. Semua mesyuarat-mesyuarat ini sangat penting untuk meneliti idea-idea penambahbaikan dalam usaha untuk menstruktur dan memperkukuhkan pentadbiran dan pengurusan Parlimen Malaysia.
 

Rangkuman gambar sekitar lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan
 
Pada hari terakhir, lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah diadakan bermula pada jam 9.30 pagi. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara dan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan. MPK merupakan sebuah organisasi yang sinonim dengan kejayaan di peringkat kebangsaan dan negeri serta telah menerima pelbagai anugerah meliputi anugerah kualiti, pentadbiran, perbandaran, pembangunan, landskap dan pertandingan KIK dan Inovasi. Selain itu, penerangan ringkas mengenai Majlis Perbandaran Kuantan dan pelaksanaan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) turut disampaikan oleh Encik Suris Mihat, Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti. Salah sebuah kumpulan KIK dari Majlis Perbandaran Kuantan iaitu UKS Global turut membuat pembentangan projek KIK yang dikenali sebagai “Transit Killer Rat”.
 
Lawatan ini tamat kira-kira jam 12.00 tengahari.

Kemaskini terakhir pada: 11 September 2014 | Hits: 9968

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my