background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Sabtu, 25 Mac 2017 12:10 PM  spacer
logo
BAHAGIAN HAL EHWAL AHLI PARLIMEN

SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN HAL EHWAL AHLI PARLIMEN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 

 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Pengurusan pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen.
  • Pengurusan pembayaran/pemberhentian elaun bulanan Ahli Parlimen merangkumi Elaun Bulanan, Elaun Keraian, Elaun Bulanan Tetap Perjalanan, Elaun Tetap Pemandu Kereta, Bayaran Khas dan Elaun Telefon.
  • Pengurusan perkhidmatan Ahli Parlimen merangkumi pengemaskinian rekod perkhidmatan ahli parlimen.
  • Pengurusan pembayaran Tuntutan Bulanan Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam / Di Luar Negara Bagi Ahli Parlimen merangkumi Elaun Perjalanan Kenderaan, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Hidup Harian dan lain-lain Belanja Pelbagai (tambang pengangkutan awam, bayaran telefon/telegram, belanja dobi, bayaran cukai lapangan terbang, bayaran excess baggage, bayaran letak kereta dan bayaran tol) serta Elaun Makan Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Malaysia dan juga tuntutan Elaun Pakaian Panas.
  • Pengurusan elaun dan kemudahan untuk Ahli Parlimen semasa persidangan Parlimen merangkumi pembayaran Elaun Mesyuarat dan kelayakan perjalanan semasa Parlimen bersidang (setiap hujung minggu) serta tempahan dan pembayaran tiket penerbangan untuk Ahli Parlimen daripada luar Semenanjung.
  • Pengurusan kemudahan dan keistimewaan Ahli Parlimen merangkumi penyediaan kad ahli parlimen, pembekalan lencana kereta, pas kereta api percuma, lesen kenderaan motor percuma, lesen percuma senjata api, peruntukan kemudahan komputer, elaun pakaian rasmi istiadat, pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan dan pinjaman komputer.
  • Pengurusan kemudahan perubatan Ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen.
  • Pengurusan pengemaskinian maklumat diri dan maklumat perhubungan Ahli Parlimen.
  • Pengurusan kemudahan penginapan melalui pembayaran menggunakan Panjar Khas.
  • Pengurusan gaji, elaun, kemudahan dan keistimewaan serta tuntutan menjalankan tugas rasmi di dalam / di luar negara bagi Yang di-Pertua Dewan dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan.
     
Kemaskini Terakhir pada: 7 Julai 2015  Spacer | Spacer Hits: 3070
 Spacer
Bancian
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:20
Hari Ini:2586
Minggu Ini:36279
Bulan Ini:139062
Tahun Ini:370895
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13355652
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 24/03/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.419 saat
Versi Paparan Penuh