MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PARLIMEN DISAMBUT MERIAH
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 22 Julai 2015  - Rumah terbuka Parlimen Malaysia disambut meriah apabila YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen yang diadakan di tempat letak kereta bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
 

Najib yang tiba pada pukul 2 petang disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia dan Yang di-Pertua Dewan Negara,  YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang serta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk Doris Brodie.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis itu menikmati hidangan dan beramah mesra dengan tetamu lain.

Sementara itu majlis yang bermula pada pukul 11 pagi tadi dan berlangsung hingga pukul 4 petang ini dihadiri Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan pembangkang.

Turut hadir beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama beberapa perwakilan asing, pegawai parlimen dan wakil media tempatan.

Kemaskini terakhir pada: 27 Julai 2015 | Hits: 10812

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my