PERSIDANGAN CSPOC KE-23 DITUTUP SECARA RASMI
control 1control 2control 3
KOTA KINABALU, 13 Jan - Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) Ke-23 di sini menjadi platform bermanfaat berikutan pelbagai cadangan boleh diguna pakai untuk meningkatkan fungsi Parlimen negara-negara anggota.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyerahkan bendera Persidangan Speaker dan Pegawai-pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) kepada Speaker dari Seychelles, Dr Patrick Herminie yang menjadi tuan rumah persidangan akan datang

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan persidangan itu berkata cadangan berkenaan termasuk isu keselamatan Parlimen dan keperluan untuk menyediakan orientasi terhadap prosiding Parlimen kepada anggota Parlimen (MP), terutamanya mereka yang baharu.

"Sebagai Speaker, kita ditugaskan untuk memastikan keselamatan Parlimen.

"Bagaimanapun, keseimbangan perlu dicapai antara kebolehcapaian Parlimen bagi orang ramai dan keselamatan Parlimen secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan tiga hari itu di sini, Rabu.

Pandikar juga berkata, pertimbangan juga diberikan untuk mewujudkan pusat latihan untuk anggota Parlimen.

Timbalan Speaker House of Commons United Kingdom, Lindsay Hoyle menegaskan bahawa persidangan itu merupakan acara yang sangat baik untuk bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan penceramah serta Yang Dipetua Dewan.

"Sama ada ia berkaitan keselamatan dan orientasi kepada anggota-anggota baharu, kami banyak belajar semasa bertukar-tukar pengalaman.

"Tetapi saya tidak akan membuat sebarang (cadangan) yang akan diwajib kepada anggota Parlimen kerana mereka tidak berada di bawah Speaker, tetapi mereka bertanggungjawab kepada pengundi," katanya.

Speaker Parlimen New Zealand David Carter berkata sebagai Speaker, beliau juga merasakan keperluan untuk melengkapkan dirinya dengan lebih baik untuk berkhidmat kepada anggota Parlimen semasa prosiding Parlimen.

Kira-kira 187 delegasi dari 43 negara Komanwel menghadiri persidangan berkenaan dan kepulauan Seychelles akan menjadi tuan rumah CSPOC ke-24 pada 2018.

Kemaskini terakhir pada: 15 Januari 2016 | Hits: 9141

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my