MAJLIS PELANCARAN OPERASI TASKA PUSPANITA PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Jumaat, 30 Januari 2015 – Penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja adalah merupakan satu langkah bijak dan tepat memandangkan ramai ibu bapa sering mengeluh sukar untuk mencari pengasuh bagi menjaga anak-anak mereka ketika mereka sedang bekerja. Selain itu, ibu bapa juga dapat menjalankan tugasan di tempat kerja dengan lebih tenang kerana kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka lebih terjamin. Menyedari kepentingan tersebut, TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia juga telah ditubuhkan untuk memenuhi permintaan warga Parlimen Malaysia yang bakal memulakan operasinya pada 4 Februari 2015.
 

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara menyampaikan ucapan pelancaran TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia
 
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan isteri, YBhg. Puan Sri Sharifah Rugayah Syed Jaffar telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pelancaran Operasi TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia yang telah diadakan di Rumah JKR 1715, Jalan Ledang, Kuala Lumpur bermula pada jam 10.30 pagi. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan isteri, YBhg. Datin Normah Ibrahim selaku Pengerusi PUSPANITA Parlimen Malaysia, YBhg.Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara, YBhg.Encik Hashim Ibrahim, Pengusaha TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia juga tetamu khas iaitu tenaga pengajar dan para pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah, Kuala Langat. Majlis pelancaran ini adalah anjuran bersama PUSPANITA Parlimen Malaysia dan Biro Agama, Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KKSPM).


Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama tenaga pengajar dan para pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah, Kuala Langat

Majlis pelancaran tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Baqarah oleh para pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Najah, Kuala Langat dan diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh En.Zailan Wasimin dari Bahagian Keselamatan. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan ucapan pelancaran oleh Yang di-Pertua Dewan Negara. Majlis tersebut turut diserikan dengan upacara memotong pulut kuning oleh tetamu-tetamu kehormat sebagai simbolik tanda kesyukuran di atas pelancaran operasi TASKA tersebut.

Selain itu, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang dan tetamu kehormat yang lain turut dibawa melawat ke sekitar TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia dan diberi penerangan oleh Encik Hashim Ibrahim, Pengusaha TASKA PUSPANITA Parlimen Malaysia. Majlis pelancaran tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari pada jam 11.30 pagi.

Kemaskini terakhir pada: 30 Januari 2015 | Hits: 10797

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my