MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Rabu, 24 Jun 2015 – Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang,Yang di-Pertua Dewan Negara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Kafe, Bangunan Sementara, Parlimen Malaysia.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat,YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM),YB Senator Datuk Doris S.Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman, Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Ahli-ahli Dewan Negara, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Setiausaha Dewan Rakyat dan Negara juga warga Parlimen Malaysia.
 

Warga Parlimen yang turut memeriahkan Majlis Berbuka Puasa anjuran Yang di-Pertua Dewan Negara
 
Para tetamu telah dijamu dengan pelbagai juadah enak selepas selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selain itu, kutipan derma untuk The Mosque of Seville, Spain turut diadakan dan sumbangan tersebut telah diserahkan kepada wakil Seville Islamic Foundation yang hadir dalam majlis tersebut.

 

Sebahagian Ahli-ahli Dewan Negara yang menghadiri majlis tersebut.

Di samping itu, para tetamu juga telah menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih bersama-sama selepas selesai menikmati jamuan berbuka puasa.Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan moreh kira-kira pada jam 10.00 malam. Majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Yang di-Pertua Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan warga Parlimen Malaysia.

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2015 | Hits: 11081

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my