PERDANA MENTERI VIETNAM LAWAT PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 8 Ogos 2015 -- Kunjungan hormat Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ke Parlimen Malaysia pada Sabtu, menandakan lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri ke dewan perundangan tertinggi di Malaysia. Speaker Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berkata beliau berasa bangga dengan lawatan itu kerana Dung merupakan Perdana Menteri pertama yang berbuat demikian sejak Parlimen diwujudkan 50 tahun yang lalu.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia (kanan) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung di Bangunan Parlimen
 
"Saya terkejut dengan lawatan beliau. Ia tidak mungkin bagi mana-mana Perdana Menteri melawat Parlimen," katanya selepas mengadakan pertemuan setengah jam dengan Dung di bangunan Parlimen di sini.

Dung tiba pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. Pandikar berkata lawatan Dung mungkin boleh dikaitkan dengan kedudukannya sebagai Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), di mana AIPA telah bermesyuarat semasa sidang kemuncak Asean awal tahun ini dan beliau menyampaikan ucapan mewakili semua speaker Parlimen di negara-negara ASEAN.

Pandikar berkata bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem presiden seperti Vietnam, Speaker Parlimen juga memegang kuasa eksekutif. Mengenai perkara-perkara hubungan dua hala, beliau berkata Dung telah melahirkan kebimbangan ke atas isu kediaman 6,000 wanita Vietnam yang telah berkahwin dengan lelaki Malaysia dan penangkapan ikan secara haram yang dilakukan oleh nelayan Vietnam, yang secara tidak sengaja memasuki perairan Malaysia kerana kekurangan peralatan navigasi.

"Saya memberitahunya saya akan membawa perkara ini kepada mereka yang mempunyai kuasa eksekutif," katanya sambil menambah bahawa Dung telah menjemput beliau melawat Vietnam.

Semasa lawatan Dung, Malaysia dan Vietnam bersetuju mengadakan usahasama tiga pihak dengan Thailand bagi meneroka dan membangunkan sumber minyak dan gas (O&G) di rantau ini.

Di Putrajaya semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan di antara Vietnam dan Malaysia dijangka mencecah US$10 bilion tahun ini.

Pada masa ini, terdapat 60,000 pekerja Vietnam di Malaysia.

Kemaskini terakhir pada: 11 Ogos 2015 | Hits: 10659

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my