Lawatan ke Parlimen
1. Surat permohonan lawatan hendaklah dialamatkan kepada
Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia.
Jabatan Parlimen Malaysia
Bangunan Parlimen
50680 Kuala Lumpur.
2.

Surat permohonan hendaklah mencatatkan nombor telefon dan fax pemohon.

3. Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen;
i.

Lelaki - Berpakaian baju Melayu (Kebangsaan) lengkap bersongkok dan bersampin atau berbaju kemeja dan baju batik lengan panjang dan bertali-leher.

*Berseluar jeans dan baju T tidak dibenarkan.

ii.

Wanita - Berpakaian yang sesuai, tidak menjolok mata dan labuhnya di bawah paras lutut.

*Berseluar jeans, baju T (body fit) tidak dibenarkan.

iii. Penuntut sekolah mesti memakai pakaian seragam sekolah.
iv. Pelawat tidak dibenarkan memakai kasut sukan atau selipar.
4. Pelawat dikehendaki menunjukkan surat kebenaran lawatan di pintu masuk Bangunan Parlimen;
5.

Ketua rombongan dikehendaki membawa senarai lengkap ahli rombongan iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat kediaman;
catatan: Hanya mereka yang disenaraikan sahaja dibenarkan masuk.

6. Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui bersama;
7. Pelawat tidak dibenarkan:-
i. Membawa kanak-kanak (dibawah umur enam tahun);
ii. Menghisap rokok di kawasan Parlimen;
iii. Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen.

 
Hak Cipta Terpelihara
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, 
50680 Kuala Lumpur.       
Tel: 603-20721955, Email: info@parlimen.gov.my