LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PENGUNGSIAN BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Rabu, 1 Oktober 2014 – Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi samada di dalam sektor kerajaan atau swasta. Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Parlimen Malaysia telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran Pengungsian Bangunan pada 30 September 2014 dan ini merupakan latihan yang pertama kali setelah hampir 5 tahun tidak diadakan.
 

Kakitangan Parlimen menggunakan laluan kecemasan untuk mengosongkan Bangunan Parlimen
 
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada warga Parlimen Malaysia tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana. Ini juga penting untuk memastikan warga Parlimen sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran. Di samping itu, latihan ini juga bertujuan untuk memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran dan Ketua/Penolong Ketua Tingkat dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga Parlimen mengosongkan bangunan.
 

Kakitangan Parlimen berkumpul di Tempat Letak Kereta Zon A
 
Latihan tersebut bermula pada jam 9.45 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan dan Bangunan Parlimen dapat dikosongkan dalam masa 15 minit. Semua pegawai dan kakitangan Parlimen dikehendaki berkumpul di Kawasan Letak Kereta Zon A. Turut hadir ialah YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara. Selain itu, taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah keselamatan semasa berlakunya kebakaran turut disampaikan oleh YBhg. Tuan Zahari bin Mohamed, Ketua Balai Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sentul dan pegawai-pegawai.
 

YBhg. Encik Awang Alik Jeman,Timbalan Ketua Pentadir Parlimen Malaysia memberi ucapan ringkas kepada warga Parlimen
 
Latihan kebakaran tersebut tamat kira-kira jam 10.15 pagi.

Kemaskini terakhir pada: 14 Oktober 2014 | Hits: 19770

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my