KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
Khamis, 17 April 2014 – Kunjungan hormat oleh Renata Butryn, Chair of the Standing Subcommittee on Polish Defence Industry and Modernization of National Armed Forces, National Defence Committee, Republic of Poland ke atas YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat telah diadakan pada 16 April 2014 di Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia bermula pada jam 10 pagi. Turut hadir ialah Michal Jakub Madaj, Deputy Head of Secretariat, National Defence Committee, Republic of Poland dan YB Tuan Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Simpang Renggam.
 

Setiausaha Dewan Rakyat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama delegasi dari Republik Poland
 
Tujuan kedatangan delegasi ini ke Malaysia kerana menerima jemputan menghadiri 14th Defence Services Asia, Exhibition & Conference (DSA 2014) bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bermula dari 14 hingga 17 April 2014. Penganjuran DSA 2014 merupakan salah satu program terbaik yang disertai oleh 1000 syarikat pertahanan tempatan dan antarabangsa yang mewakili 50 buah negara. Di samping itu, pameran ini merupakan pameran terbesar di Asia dan kelima terbesar di dunia.
 

Setiausaha Dewan Rakyat menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada delegasi dari Republik Poland
 
Selain itu, melalui kunjungan hormat ini, ia di harap dapat mengukuhkan hubungan 2 hala di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Poland melalui kerjasama Kumpulan Persahabatan Poland - Malaysia. Selain itu, Parlimen Poland juga berbesar hati dan mengucapkan tahniah kerana Malaysia tersenarai sebagai Anggota Tidak Tetap, Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan turut mengalu-alukan kedatangan rakyat dan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sana. Kunjungan hormat ini tamat kira-kira jam 11.30 pagi.
 
 


Kemaskini terakhir pada: 17 April 2014 | Hits: 10591

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my