KUNJUNGAN HORMAT OLEH SPEAKER DEWAN RAKYAT PARLIMEN AUSTRALIA KE ATAS YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Jumaat, 12 September 2014 - Kunjungan hormat oleh Honourable Bronwyn Bishop, Speaker Dewan Rakyat Parlimen Australia ke atas YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah diadakan bermula pada jam 9.30 pagi di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat berjabat tangan dengan Honourable Bronwyn Bishop, Speaker Dewan Rakyat Parlimen Australia
 
Turut hadir ialah beberapa orang Ahli-ahli Dewan Rakyat di antaranya ialah YB Datuk Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen Pulai), YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari (Ahli Parlimen Setiawangsa), YB Dato’ Haji Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor), YB Tuan Haji Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Ahli Parlimen Sabak Bernam), YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Ahli Parlimen Lanang), YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang) dan YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
 

Speaker Dewan Rakyat Parlimen Australia merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Rakyat

Agenda lawatan diteruskan dengan kunjungan hormat ke atas YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara pada jam 10.30 pagi.
 
Turut bersama-sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara serta beberapa orang Ahli-ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Datuk Seri Nallakaruppan, YB Senator Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah, YB Senator Dato’ Jaspal Singh, YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan dan YB Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara bersama-sama Speaker Dewan Rakyat Parlimen Australia dan Ahli-ahli Dewan Negara

Kunjungan hormat ini sangat penting untuk mempertingkat hubungan baik antara Malaysia dengan Australia. Selain itu, ia juga penting untuk membuka peluang ekonomi yang lebih baik di antara kedua-kedua negara. Speaker Dewan Rakyat Parlimen Australia itu juga meluahkan rasa simpati dan sedih atas kehilangan pesawat MH370 yang menimpa Malaysia dan negaranya dan akan terus komited untuk membantu mencari dan megesan pesawat tersebut
 
Di akhir majlis, Honourable Bronwyn Bishop dan delegasinya juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan di Carsosa Seri Negara.

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2014 | Hits: 10379

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my