Rabu, 18 Februari 2015 - – Kunjungan hormat ke atas YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara oleh TYT Murad Askarov, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia telah diadakan di Bilik Diraja, Parlimen Malaysia bermula pada jam 9.45 pagi.
Yang di-Pertua Dewan Negara bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran dengan TYT Murad Askarov,Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia
Turut bersama-sama di dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBhg.Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara terutamanya menyentuh aspek sosial dan pelancongan telah dibincangkan.
Yang di-Pertua Dewan Negara telah menerima baju tradisional negara Uzbekistan sebagai cenderamata kenang-kenangan dari TYT Murad Askarov
Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Negara juga bakal melawat ke Uzbekistan pada bulan Mac sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Kunjungan hormat ini tamat pada jam 10.30 pagi.