YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR JEPUN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 2 April 2015 - Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun di Malaysia, Makio Miyagawa di Bangunan Parlimen di sini.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) berbual mesra bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, ketika kunjungan hormat tersebut di Bangunan Parlimen, hari ini.
 
Kunjungan itu sebagai menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih Maharaja Jepun Akihito kepada Abu Zahar yang memberi ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 23 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Miyagawa berkata beberapa perkara sempat dibincang pada pertemuan itu antaranya hubungan sosioekonomi dua hala antara Malaysia dan Jepun.

"Jepun dan Malaysia telah menikmati hubungan mesra yang sangat lama. Ketika ekonomi Jepun mula berkembang semula sejak pemerintahan Perdana Menteri baharu dua tahun lalu, pelaburan ke Malaysia semakin meningkat dan kami kini sebagai pelabur utama," katanya.

Miyagawa turut melahirkan keyakinan terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dan sedia membantu Malaysia sebaik mungkin bagi menjayakan penganjuran dan usaha pembentukan komuniti ASEAN.

Kunjungan hormat tamat kira-kira jam 11 pagi.
 

Kemaskini terakhir pada: 6 April 2015 | Hits: 10546

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my