DELEGASI PARLIMEN PERANCIS KUNJUNGI RONALD KIANDEE
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 4 Sept 2015 -- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah menerima kunjungan dari  Pengerusi Senat Luar Negeri, Pertahanan dan Jawatankuasa Angkatan Tentera Perancis , Jean-Pierre Raffarin pada 1 September 2015.
 

YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berjabat tangan dengan Pengerusi Senat Luar Negeri, Pertahanan dan Jawatankuasa Angkatan Tentera Perancis , Jean-Pierre Raffarin

Selain itu, delegasi ini turut disertai oleh Patricia Adam, Pengerusi Dewan Pertahanan Negara dan Jawatankuasa Angkatan Tentera Perancis bersama 8 lagi anggota Parlimen Perancis. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan tertutup kira-kira sejam itu, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata mereka telah bertukar-tukar pandangan berhubung isu keselamatan dan pertahanan. Selain itu, beliau turut memberi taklimat berhubung fungsi-fungsi Parlimen Malaysia kepada para delegasi.

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2015 | Hits: 10113

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.043 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my