TYPDR I TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PARLIMEN GHANA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 18 Jun 2015 -- Timbalan Yang DI-pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerima kunjungan hormat 14 anggota delegasi dari Ghana di bangunan Parlimen, di sini, Khamis.
 
YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berjabat tangan dengan Ketua Delegasi Parlimen Ghana ketika kunjungan hormatnya di Bangunan Parlimen hari ini.

Bercakap  selepas pertemuan itu, Kiandee berkata delegasi itu terdiri daripada sembilan anggota Parlimen Ghana dan lima anggota Ghana National Petroleum Corporation (GNPC).

Pada pertemuan selama 40 minit itu, Kiandee berkata kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai sistem Parlimen di negara masing-masing.

"Mereka ingin mengeratkan hubungan dua hala antara anggota-anggota Parlimen Ghana dan Malaysia dengan turut menjemput kami untuk berkunjung ke Parlimen Ghana," katanya.

Beliau berkata delegasi anggota Parlimen Ghana itu diketuai oleh Cletus Apul Avoka manakala GNPC pula diketuai oleh Carmen Bruce-Annan

Kemaskini terakhir pada: 22 Jun 2015 | Hits: 10000

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my