Kenyataan Media Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi, Parlimen Ke-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAK ASASI MANUSIA, PILIHAN RAYA DAN REFORMASI INSTITUSI, PARLIMEN KE-15

 

Aktiviti Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Ke-15 tahun 2024

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Kelimabelas merupakan Jawatankuasa yang ditubuhkan melalui usul Menteri di Dewan Rakyat dan terdiri daripada 9 Ahli Dewan Rakyat iaitu 6 Ahli dari blok Kerajaan dan 3 Ahli dari blok Pembangkang. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 27 mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan.

 

Antara isu-isu yang dibincangkan oleh Jawatankuasa termasuk:

  1. Usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya

 

Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa perbincangan bersama Mantan Peguam Negara Malaysia, Peguam-Peguam Pembelaan, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM). Sesi libat urus berkaitan usaha reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan diteruskan pada tahun 2025.

 

  1. Libat Urus berkenaan Rang Undang-Undang

 

Jawatankuasa ini turut mengadakan perbincangan bagi meneliti Rang Undang-Undang (RUU) antaranya:

 

    1. RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan;
    2. RUU Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2024;
 
    1. Skop dasar RUU Sumbangan Politik. Perbincangan berkenaan pendanaan politik juga turut melibatkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia- Pendanaan Politik di Malaysia dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governans dan Anti-Rasuah;
    2. Cadangan pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012;
    3. Taklimat berkenaan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948;
    4. Cadangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat; dan
    5. Cadangan Akta Perkhidmatan Parlimen

 

  1. Perbincangan mengenai cadangan reformasi sistem pilihan raya

 

    1. Pembaharuan program petugas pilihan raya;
    2. Pelaksanaan sistem undi pos bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara; dan
    3. Pelaksanaan pengundian awal terhadap pengundi Sabah dan Sarawak serta status pelaksanaan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

Di samping itu, Ahli-Ahli Jawatankuasa ini telah dilantik sebagai Pasukan Petugas Khas Kajian Empirikal Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta 2 Ahli Jawatankuasa ini turut terlibat dalam Lawatan Kerja berhubung cadangan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia anjuran BHEUU, JPM.

Beberapa sesi perjumpaan telah diadakan bersama Jawatankuasa ini antaranya:

  1. Perjumpaan bersama National Democratic Institute, Malaysia (NDI);
  2. Perjumpaan bersama Delegasi New Zealand House of Representatives;
  3. Kunjungan Hormat Delegasi Youth Exchange Programme, NDI;
  4. Perjumpaan bersama Tuan Stephen Twigg, Setiausaha Agung

Commonwealth Parliamentary Association (CPA);

  1. Kunjungan Hormat Delegasi Republik Rakyat China;
  2. Perjumpaan dengan Drug Policy Program di bawah Yayasan AIDS Malaysia; dan
  3. Perjumpaan bersama EU-Malaysia Cooperation Facility.

 

Pada 26 Mac 2024, Jawatankuasa ini juga telah membentangkan penyata kedua berkenaan Undang-Undang Imigran Larangan dan Prosedur Pengendalian Notis Penolakan Masuk (not to land).

 
  1. Prosiding Kondisi Depot Tahanan Imigresen di Malaysia dan Layanan Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Undang-Undang Sedia Ada.

 

Pada tahun 2023 yang lalu, Jawatankuasa telah mengetengahkan isu kondisi penjara-penjara di Malaysia yang melibatkan reformasi penjara. Pada tahun ini, Jawatankuasa telah memutuskan untuk meneliti isu kondisi depot tahanan imigresen di Malaysia dan layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) menurut undang-undang sedia ada. Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan kementerian, jabatan, agensi Kerajaan serta organisasi dan pertubuhan bukan Kerajaan seperti berikut:

 

    1. Kementerian Dalam Negeri;
    2. Jabatan Imigresen Malaysia;
    3. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM); dan
    4. Human Rights Watch (HRW).

 

Di samping itu, satu lawatan kerja telah diadakan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan dan Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah pada 26 dan 27 September 2024 yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kondisi depot imigresen dan layanan terhadap PATI khususnya kes kematian dalam tahanan dan penderaan ( jika ada).

 

Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Ke-15 berkenaan Kondisi Depot Tahanan Imigresen di Malaysia dan Layanan Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Undang-Undang Sedia Ada (DR.42/2024)

 

Pada 12 Disember 2024, Jawatankuasa ini telah membentangkan Penyata berkenaan Kondisi Depot Tahanan Imigresen di Malaysia dan Layanan Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Undang-Undang Sedia Ada. Penyata ini boleh diakses melalui laman web Parlimen Malaysia.

 

Penyata ini merupakan permulaan kepada kajian dan penelitian Jawatankuasa berkenaan kondisi di depot tahanan dan layanan ke atas PATI. Jawatankuasa memandang serius terhadap insiden-insiden yang dilaporkan dalam laporan oleh HRW namun metodologi yang digunakan adalah tidak tepat kerana t