PARLIMEN SAHUT CABARAN KEMPEN BERJALAN 10,000 LANGKAH
control 1control 2control 3
Parlimen Malaysia, 25 September 2014 (Khamis) - Bagi menggalakkan warga Parlimen khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Parlimen Malaysia telah mengorak langkah dengan melancarkan Kempen FIT PARLIMEN : Senaman Jalan Kaki 10,000 Langkah Ke Arah Cara Hidup Sihat yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Setiausaha Dewan Negara, Pengerusi Puspanita Parlimen serta pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.
 

Rangkuman Gambar Pelancaran FIT PARLIMEN
 
Sementara itu, YBhg. Puan Salmah Aziz, Pengarah, Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara Putrajaya serta En. Hafdzam Osman, Penolong Pengarah dan beberapa pegawai Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap kempen yang dibuat.
 

Rangkuman Gambar Pelancaran FIT PARLIMEN
 
Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kini kempen berjalan 10,000 langkah turut diperluaskan kepada semua golongan bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin. Secara tidak langsung, Kempen FIT PARLIMEN : Senaman Jalan Kaki 10,000 Langkah Ke Arah Cara Hidup Sihat akan memberi manfaat yang besar kepada kesihatan warga kerja.
 

YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, isteri bergambar bersama-sama para pegawai Parlimen Malaysia dan wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara selepas Majlis Pelancaran FIT Parlimen.
 
Majlis yang dihadiri lebih 200 orang warga Parlimen di perkarangan kantin Parlimen Malaysia berakhir kira-kira jam 5:30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 26 September 2014 | Hits: 10278

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my