JAWATANKUASA WAIPA MULA BERMESYUARAT
control 1control 2control 3
Isnin, 7 September 2015 – Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke- 36 telah dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Ahli-ahli Parlimen Wanita AIPA (WAIPA) yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj. Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA ke-36. Mesyuarat tersebut bermula pada jam 9 pagi di Bilik Sarawak, Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Doris S.Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Encik P.O.Ram, Setiausaha Agung AIPA dan Ahli-ahli Parlimen wanita dari negara-negara yang terlibat.
 

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA ke-36 bergambar bersama-sama Ketua Delegasi bagi Mesyuarat Jawatankuasa Ahli-Ahli Parlimen Wanita AIPA (WAIPA).
Turut hadir ialah YB Senator Datuk Doris S. Brodie, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara merangkap Pengerusi bagi mesyuarat WAIPA kali ini.

 
Presiden AIPA telah menyerahkan gavel kepada YB Senator Datuk Doris S.Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai simbolik memulakan mesyuarat WAIPA sebagai Pengerusi. Di samping itu, YB Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ahli Parlimen Batu Sapi juga telah dilantik sebagai rapporteur.

Perkara-perkara penting yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut menyentuh isu kesaksamaan gender juga isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di ASEAN.

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2015 | Hits: 9827

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my