JAWATANKUASA SUBSTANTIF AIPA ANJURKAN BENGKEL
control 1control 2control 3
Menjelang Persidangan AIPA ke-36 yang dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada 6 hingga 12 September 2015, Jawatankuasa Substantif yang diketuai oleh YBhg Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, memulakan gerak kerja dengan mengadakan Bengkel Pemerkasaan Gerak Kerja untuk Persediaan Persidangan ASEAN Inter-Parliamentary (AIPA) ke-36 di Ancasa Residences, Port Dickson bermula 20 hingga 22 Mac 2015.
 

YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat bergambar bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Substantif bagi Bengkel Pemerkasaan Gerak Kerja Untuk Persediaan Persidangan ASEAN Inter-Parliamentary Assembly ke-36
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai :
(a) Tema Persidangan AIPA ke-36
(b) Pemilihan isu-isu bagi penyediaan draf-draf resolusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa AIPA
(c) Penyediaan Gantt Chart

Turut sama dalam bengkel ini adalah Encik Asri Adnan (Setiausaha Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan), Puan Lavinia Vyveganathan (Setiausaha Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Protokol), pegawai-pegawai penyelidik dan pegawai-pegawai daripada Seksyen Penyata Rasmi.

Selain itu, bengkel turut dihadiri oleh 5 ahli akademik dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Rashila Ramli yang berperanan membantu Jawatankuasa Substantif dan En. Idham Zuhri daripada ASEAN-Malaysia National Secretariat, Kementerian Luar Negeri yang menerangkan mengenai isu-isu semasa ASEAN.

Jawatankuasa Substantif juga telah merangka jadual mesyuarat-mesyuarat sepanjang persiapan untuk menghadapi Persidangan AIPA ke-36. Sebanyak 6 mesyuarat dijangka akan diadakan bagi 166 hari sebelum Persidangan AIPA ke-36 di Kuala Lumpur bermula.

Kemaskini terakhir pada: 26 Mac 2015 | Hits: 11204

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my